'Penat tapi semangat barisan hadapan kuat'

Toh (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kakitangan HRPZ11.
Toh (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kakitangan HRPZ11.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penat tapi semangat mereka (barisan hadapan negara) tetap kuat melawan wabak koronavirus (Covid-19), kata Pengurus Pasar Raya Econsave Pasir Puteh, Toh Shahrin ketika menyampaikan sumbangan kepada petugas perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Toh berkata, semangat waja yang ditonjolkan oleh barisan hadapan negara itu membuatkan matanya bergenang memikirkan komitmen pasukan berkenaan.

"Saya tidak dapat bayangkan komitmen mereka yang sanggup menggadaikan nyawa, mengorbankan kudrat serta keringat selain meninggalkan keluarga demi tugasan pada negara.

"Bukan mudah menjadi salah satu tonggak negara dalam melawan wabak Covid-19 kerana ia memerlukan semangat waja," katanya.

Sebelum itu, Toh bersama kakitangannya menyampaikan sumbangan berbentuk lampin pakai buang, kelengkapan diri dan sebagainya kepada kakitangan HRPZII.

Menurutnya, walaupun barisan hadapan berisiko untuk dijangkiti namun mereka tetap bersemangat melawan wabak Covid-19.

"Diharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada barisan hadapan negara dalam melaksanakan tugas.

"Sokongan yang boleh dizahirkan kepada barisan hadapan negara itu dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Artikel Berkaitan: