'Malam minggu hanya dapat RM20' - Peniaga Pasar Borong Wakaf Che Yeh
07 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pasar Borong Wakaf Che Yeh di Kota Bharu yang suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi malam dan ikon pelancongan Kelantan kini semakin ‘hilang seri’ apabila peniaga mendakwa hasil jualan merosot ketara, malah ada yang hanya memperoleh RM20 sepanjang lima jam berniaga termasuk pada malam minggu.
Situasi itu menggambarkan tekanan yang semakin menghimpit peniaga kecil, sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa menutup operasi.
Muzik: Epic dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WakafCheYeh #Peniaga
