Menyamar polis, bapa tiga anak didenda RM6,000
06 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Menyamar polis, bapa tiga anak didenda RM6,000
Seorang bapa kepada tiga anak didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyamar sebagai anggota polis bagi cuba memeras ugut seorang warga asing minggu lalu.
Tertuduh, Saril Ismail, 51, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Menyamarpolis
