Warga Britain sesat ketika mendaki ditemui selamat

Mangsa ditemui selamat dalam misi SAR yang dijalankan oleh pihak bomba.
Mangsa ditemui selamat dalam misi SAR yang dijalankan oleh pihak bomba.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Britain berusia 63 tahun yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Batu Feringghi di sini berjaya ditemui dalam keadaan selamat awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, Clarke Julian Francis dipercayai sesat di dalam kawasan hutan sebelum menghubungi talian kecemasan NG999 pada jam 4.01 petang, Rabu bagi memohon bantuan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal bersama bantuan BBP Teluk Bahang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa berjaya dihubungi dan turut menghantar lokasi keberadaannya melalui aplikasi WhatsApp, sekali gus memudahkan operasi mencari dan menyelamat dijalankan (SAR)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera menjalankan kerja-kerja SAR dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam di lokasi.

"Operasi berjaya menemukan mangsa dalam keadaan selamat sebelum dibawa turun ke kaki bukit.

“Setelah memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 pagi Rabu,” katanya.

Tambah beliau, dalam operasi berkenaan, seramai enam anggota termasuk penyelia terlibat dengan kekuatan sebuah jentera LFRT dari BBP Teluk Bahang.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan dan memaklumkan pergerakan kepada pihak berkaitan sebelum melakukan aktiviti pendakian, khususnya di kawasan hutan serta berbukit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Britain berusia 63 tahun sesat ketika pendakian di Bukit Batu Feringghi
  • Lelaki tersebut menghubungi talian kecemasan untuk minta bantuan
  • Anggota bomba dengan bantuan aplikasi WhatsApp menjalankan operasi mencari dan menyelamat
  • Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun ke kaki bukit
  • Penolong Pengarah JBPM mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah keselamatan semasa pendakian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!