Sila log masuk terlebih dahulu.

Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa

04 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa

Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa dalam kes pembunuhan kejam melibatkan penemuan rangka manusia di Kangkar Pulai, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

R Arasan, 32, yang hadir bertongkat bersama abangnya, R Utes, 36, mengangguk faham pertuduhan dihadapi mereka, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766715/berita/semasa/penemuan-enam-rangka-dua-beradik-didakwa-bunuh-seorang-mangsa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #penemuanenamrangkamanusia #mahkamah