Berenang selama 4 jam ke tepi laut demi selamatkan keluarga

Austin (kanan) bertindak berani berenang sejauh empat kilometer ke tepi pantai tanpa memakai jaket keselamatan. - Foto Agensi
Austin (kanan) bertindak berani berenang sejauh empat kilometer ke tepi pantai tanpa memakai jaket keselamatan. - Foto Agensi
A
A
A

SYDNEY - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup bertarung nyawa demi menyelamatnya ibu dan dua adik-beradiknya.

Austin Appelbee dari Perth dilaporkan berenang sejauh kira-kira empat kilometer ke pantai untuk membunyikan penggera selepas ahli keluarganya, Joanne, 47, Beau, 12, dan Grace, 8 dihanyutkan ke luar pantai Australia Barat pada Jumaat lalu.

"Pada mulanya, saya menaiki kayak yang sudah dinaiki air untuk meminta bantuan," ujarnya.

Jelasnya, dia cuba kekal positif ketika berenang selama empat jam tanpa memakai jaket keselamatan.

"Saya terpaksa mengharungi ombak yang besar pada ketika itu. Dalam fikiran saya hanya terlintas ibu dan dua adik saya. Saya rebah sejurus tiba di tepi pantai," katanya.

Difahamkan, keluarga sedang berkayak yang disewa dari hotel penginapan ketika tragedi itu menimpa mereka.

Keadaan laut ketika itu agak bergelora dengan tiupan angin kencang.

Tidak lama selepas Austin meminta bantuan, sebuah helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi tersebut yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Quindalup di mana ketiga-tiga beranak berkenaan berpaut pada papan dayung selama 10 jam.

"Tindakan berani remaja lelaki itu wajar terima pujian. Kegigihannya telah menyelamatkan nyawa ibu dan adik-beradiknya," menurut jurucakap polis, James Bradley. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki berusia 13 tahun berenang sejauh kira-kira empat kilometer untuk menyelamatkan keluarganya
  • Mereka dihanyutkan ke luar pantai Australia Barat ketika berkayak
  • Austin mengharungi ombak besar selama empat jam tanpa jaket keselamatan
  • Keluaraga tersebut diselamatkan selepas Austin meminta bantuan dengan sebuah helikopter dikerahkan ke lokasi
  • Tindakan Austin mendapat pujian kerana menyelamatkan nyawa ibu dan dua adiknya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!