ATM guna AI kesan ketirisan, penyelewengan perolehan
31 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kementerian Pertahanan akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai langkah pencegahan jangka panjang bagi mengelakkan isu rasuah dan salah guna kuasa berulang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu bukan hanya tertumpu kepada tindakan terhadap individu, sebaliknya melibatkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #ATM #AI #KementerianPertahanan #Rasuah
