Azzuddin tak arif statut FAM - Peguam sukan

Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.
A
A
A

SEORANG peguam sukan menegur kenyataan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang mempertikaikan keputusan badan induk itu mengekalkan Setiausaha Agung dan Bendahari bagi menguruskan pentadbiran selepas peletakan jawatan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) secara kolektif.

Peguam sukan, Zhafri Aminurrashid berkata, tindakan tersebut selari dengan Artikel 38 Statut FAM yang memperuntukkan Setiausaha Agung perlu menguruskan pelaksanaan Kongres Luar Biasa sekiranya lebih 50 peratus jawatan Exco menjadi kosong.

Beliau turut menjelaskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini telah memutuskan Setiausaha Agung tidak bersalah dalam isu pendaftaran pemain warisan.

Mengulas kehadiran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Zhafri menyifatkan pemantauan badan induk Asia itu sebagai amalan biasa yang bertujuan memberi bimbingan dan penambahbaikan tadbir urus, bukan satu bentuk hukuman.

Susulan peletakan jawatan Exco, AFC menghantar pasukan khas diketuai Timbalan Setiausaha Agungnya, Vahid Kardany untuk menilai pentadbiran FAM sebelum laporan dibentangkan dalam Kongres FAM.

Pada Rabu, kesemua ahli Exco FAM bagi penggal 2025–2029 mengemukakan peletakan jawatan serta-merta secara kolektif dan sukarela, hanya 11 bulan selepas memegang jawatan.

FAM kini akan ditadbir oleh pasukan pengurusan interim bagi mengendalikan operasi harian.

Pasukan itu terdiri daripada Noor Azman, Bendahari Datuk Ismail Karim serta dua lagi ketua jabatan yang akan berhubung dengan AFC dan FIFA.

Pun begitu, Azzuddin mempertikai kewajaran Noor Azman diberi amanah mengendalikan operasi harian FAM.

Artikel Berkaitan:

Azzuddin berhujah bahawa reputasi Noor Azman boleh dipertikaikan berdasarkan rekod kurang baik sebelum ini ketika menguruskan isu dokumentasi tujuh pemain warisan negara.

Ringkasan AI

  • Seorang peguam sukan menegur kenyataan bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkaitan pengurusan pentadbiran setelah peletakan jawatan Exco
  • Tindakan mengurus pentadbiran selepas Exco meletak jawatan adalah selari dengan Artikel 38 Statut FAM
  • Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati Setiausaha Agung tidak bersalah dalam isu pendaftaran pemain warisan
  • Kehadiran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) adalah untuk membimbing dan mengkaji pentadbiran FAM, bukan sebagai hukuman
  • Pasukan pengurusan interim diangkat untuk mengurus operasi harian FAM setelah peletakan jawatan Exco secara kolektif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!