Kebakaran tanah gambut: Sekolah di Pengerang beroperasi seperti biasa
27 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sesi persekolahan di kawasan terjejas susulan insiden kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang masih diteruskan seperti biasa berikutan laluan asap tidak sampai ke kawasan sekolah.
Bagaimanapun menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Mat Tamin, pemantauan rapi sedang dijalankan khususnya melibatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakarantanahgambut
