Polis siasat insiden pergaduhan babitkan dua individu

Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Kajang baru-baru ini.
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Kajang baru-baru ini.
A
A
A

KAJANG – Polis menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Taman Sungai Chua di sini yang tular menerusi rakaman video di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.16 malam.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama kira-kira jam 12.50 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di kawasan awam.

"Setakat ini kedua-dua individu terbabit masih belum tampil membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-342 9297 bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di sini baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai dirakam orang ramai yang berada sekitar lokasi sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu di Taman Sungai Chua, Kajang
  • Kejadian pergaduhan itu tular menerusi video di media sosial
  • Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari
  • Kedua-dua individu terlibat dalam pergaduhan belum membuat laporan polis
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!