12 individu terima Anugerah Master Manager

SERAMAI 12 individu yang merupakan ahli Sri Semantan Privilege Club (SSPC) menerima Anugerah Master Manager Sri Semantan pada majlis penuh berprestij, Sri Semantan Golden Awards 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Ahad.
Pengarah Program, Zuraidi Abd Rahman berkata, Sri Semantan Golden Awards bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya menjadi pentas sejarah, perjuangan dan pengiktirafan buat warga Sri Semantan.
“Tema 2025 dipilih kerana tahun ini menjadi saksi kepada perjuangan, pengorbanan serta usaha tanpa mengenal penat lelah oleh para pejuang Sri Semantan.
“Ia bermula dengan pelbagai cabaran dan prejudis terhadap perniagaan kita, namun anda semua bangkit dengan ketabahan serta kecekalan yang luar biasa,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan (KESS), Hafizal Mahmud.
Lebih 3,000 tetamu dari seluruh negara hadir memeriahkan majlis yang turut menyaksikan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta Toyota Vellfire.
Selain Anugerah Master Manager, majlis berkenaan turut menyampaikan Anugerah Flame of Legacy, Anugerah Pangkat Freedom dan Pioneer Excellent Award 2025 termasuk tiga individu dinobatkan sebagai Freedom Ambassador iaitu pencapaian tertinggi dalam SSPC.

Dalam pada itu, Zuraidi berkata, penerima anugerah diraikan di atas pentas yang melambangkan penghargaan terhadap mereka yang berjuang membina kejayaan bersama Sri Semantan.
"Pentas ini bukan untuk semua orang, sebaliknya hanya untuk mereka yang benar-benar berjuang. Hari ini, anda adalah ‘King’ dan ‘Queen’ yang diraikan.
“Anda bukan sekadar peserta, tetapi produk modal insan yang dilahirkan oleh Sri Semantan, lebih tepat lagi, hasil Sri Semantan Gold Academy.
“Jika tahun ini anda hadir sebagai penonton, pastikan tahun depan anda hadir sebagai insan yang ditonton kerana berada di atas pentas keramat Golden Awards,” ujarnya.
Beliau menambah peralihan tahun daripada 2025 ke 2026 menyaksikan tentang pembaharuan kedai emas Sri Semantan.
"Tahun 2025 telah berlalu dan kini 2026 hadir bersama kita. Kalau dulu kita berbicara tentang, kini dengan penuh kebanggaan kita berbicara tentang Kilang Emas Sri Semantan. Inilah pencapaian kita hasil perjuangan anda semua," katanya.
Ringkasan AI
- Seramai 12 individu dari Sri Semantan Privilege Club menerima Anugerah Master Manager Sri Semantan
- Acara berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu
- Tema tahun 2025 dipilih untuk menghargai perjuangan ahli Sri Semantan
- Majlis turut menyampaikan anugerah lain seperti Anugerah Flame of Legacy dan Pioneer Excellent Award 2025
- Peralihan ke tahun 2026 menyaksikan pembaharuan kedai emas Sri Semantan kepada Kilang Emas Sri Semantan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
