Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas

Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia bagi lawatan khas bermula hari ini hingga Selasa (27 Januari).

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran berserta gambar di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin.

Terdahulu, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.25 pagi.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj turut berangkat ke LTAS bagi mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia untuk lawatan khas
  • Lawatan ini bermula hari ini hingga Selasa
  • Presiden Rusia Vladimir Putin yang menjemput khas Sultan Ibrahim
  • Pesawat khas membawa Sultan Ibrahim telah berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  • Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Temenggong Johor turut mengucapkan selamat kepada Sultan Ibrahim sebelum berlepas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!