Nahas Sulawesi: Kesemua mayat ditemui

JAKARTA - Pasukan penyelamat Indonesia telah menemui kesemua 10 mayat mangsa penumpang terlibat nahas pesawat ringan di wilayah Sulawesi Selatan pada akhir minggu lalu.
Jurucakap operasi mencari dan menyelamat (SAR), Andi Sultan mengesahkan jasad kesembilan dan ke-10 dijumpai pada awal pagi Jumaat sehari selepas penemuan enam mayat mangsa lain di sekitar Gunung Bulusaraung, wilayah Maros.
Sementara itu, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (KNKT) telah mula menyiasat kandungan kotak hitam pesawat ATR 42-500 itu bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut.
Sebelum ini, pasukan penyelamat yang berdepan cabaran cuaca buruk turut menemui serpihan bangkai pesawat itu berselerakan di beberapa lokasi. - Agensi
Ringkasan AI
- Pasukan penyelamat Indonesia menemui kesemua 10 mayat mangsa penumpang nahas pesawat di Sulawesi Selatan
- Jurucakap SAR, Andi Sultan mengesahkan jasad kesembilan dan ke-10 dijumpai sekitar Gunung Bulusaraung, wilayah Maros
- Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (KNKT) menyiasat kotak hitam pesawat untuk mengenal pasti punca nahas
- Serpihan bangkai pesawat ATR 42-500 ditemui di beberapa lokasi
- Pasukan penyelamat berhadapan dengan cabaran cuaca buruk semasa operasi pencarian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

