Tiga pegawai imigresen, seorang peniaga didakwa terlibat 'counter setting'
Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang pemilik restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu, atas 18 pertuduhan berkaitan ‘counter setting’ bagi membawa masuk dan keluar pengembara antara tahun 2023 hingga 2025, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Kesemua mereka, Ridzal Mohd Yasin, 43; Hairizam Mohamed, 58, dan Md Azhar Jamal, 40, merupakan Pegawai Imigresen KP2, manakala pemilik restoran, Haslan Hazilah, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #terlibatcountersetting #kesrasuah
