Jenazah tiga beranak selamat dikebumi

 Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Mahang di sini semalam, selamat dikebumikan
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Mahang di sini semalam, selamat dikebumikan
A
A
A

KULIM - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Mahang di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob pada 5.55 petang tadi.

Solat jenazah dihadiri kira-kira 700 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al Fateh Taman Mutiara, Sungai Kob, Zulfikri Salleh.

Terdahulu, jenazah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, tiba di rumah ibunya di Taman Mutiara pada 3.59 petang sebelum dibawa ke masjid 10 minit kemudian.

Semalam, media melaporkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan Proton S70 yang dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Lelaki berusia 27 tahun yang memandu Proton S70 itu dilaporkan selamat dan mengalami cedera ringan, bagaimanapun kenderaan dipandunya terbakar. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kulim-Mahang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob
  • Solat jenazah dihadiri kira-kira 700 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al Fateh, Zulfikri Salleh
  • Jenazah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin dan dua anaknya tiba di rumah ibunya sebelum dibawa ke masjid
  • Kemalangan berlaku apabila Perodua Viva bertembung dengan Proton S70 yang hilang kawalan
  • Pemandu Proton S70 berusia 27 tahun selamat tetapi mengalami cedera ringan dan kenderaannya terbakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!