Wanita maut, bilik sewa terbakar

SIBU - Seorang wanita berusia 31 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah bilik sewa di tingkat empat bangunan kedai di Sarikei, petang Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang menyewa bilik berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 4.51 petang dan sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.
"Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang dijadikan rumah sewa di tingkat empat bangunan kedai dengan kemusnahan dianggarkan 60 peratus,” katanya dalam kenyataan malam Ahad.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 7 malam untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.55 malam. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 31 tahun meninggal dunia dalam kebakaran di bilik sewa di Sarikei
- Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam bilik air dan disahkan meninggal oleh KKM
- JBPM terima panggilan kecemasan dan hantar 10 anggota ke lokasi
- Kebakaran di tingkat empat bangunan kedai dengan kemusnahan 60%
- Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat pada jam 7.55 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
