Tugas di sebalik seni bina

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2025 - Dua orang petugas dilihat sedang melakukan kerja mengecat bangunan Kementerian Penerangan Malaysia ketika tinjauan Lensa Sinar Harian pada Rabu.

Mereka melakukan kerja di aras tinggi dengan menggunakan peralatan keselamatan, menggambarkan komitmen dan ketelitian dalam memastikan bangunan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan baik serta terpelihara.

Kerja-kerja penyelenggaraan seperti ini merupakan rutin penting bagi mengekalkan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang tersusun, moden dan beridentiti.

Walaupun sering dilakukan di luar perhatian umum, tugas tersebut memainkan peranan besar dalam memastikan struktur bangunan kekal selamat serta estetiknya terjaga.

Dalam kepesatan pembangunan dan keindahan seni bina yang menjadi tarikan, usaha para petugas ini mencerminkan realiti di sebalik tabir bahawa wajah Putrajaya bukan sekadar hasil reka bentuk, tetapi juga titik peluh dan dedikasi mereka yang bekerja di lapangan setiap hari. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!