PATI sembunyi bawah timbunan kain elak dicekup

Antara warga asing yang ditahan.
Antara warga asing yang ditahan.
A
A
A

HULU LANGAT - Segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebalik timbunan kain gagal apabila mereka ditahan dalam serbuan Ops Mahir di sebuah premis menjahit pakaian di Jalan Cempaka di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya telah menahan 21 individua disyaki PATI dan seorang majikan warga tempatan turut dikenakan tindakan.

“Kesemua warga asing ditahan terdiri daripada 15 lelaki Pakistan, Bangladesh (tiga) dan tiga wanita Indonesia berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun.

“Ketika serbuan kesemua warga asing sedang sibuk bekerja memotong kain dan menjahit baju dan tudung.

Keadaan premis yang diserbu JIM pada Rabu.
Keadaan premis yang diserbu JIM pada Rabu.

"Ada warga asing yang cuba untuk melarikan diri dan bersembunyi di sebalik timbunan kain ketika pasukan operasi menggempur premis berkenaan pada 11 pagi.

Khairrul Aminus berkata, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Perkara 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Siasatan awal mendapati warga asing terbabit masuk melalui laluan udara dan dijanjikan pekerjaan oleh ejen yang menguruskan kemasukan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, warga asing terbabit dipercayai bekerja di premis berkenaan kurang daripada tempoh tiga tahun dan mendakwa pasport mereka dipegang oleh ejen berkenaan.

“Kesemua mereka bekerja dan tinggal di premis kedai jahit tanpa nama itu yang diserbu susulan risikan selama kira-kira satu minggu,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Pendatang asing tanpa izin cuba melarikan diri dalam serbuan Ops Mahir di premis menjahit
  • Imigresen Malaysia menahan 21 individu disyaki PATI dan seorang majikan tempatan
  • Di antara yang ditahan adalah 15 lelaki dari Pakistan, tiga dari Bangladesh dan tiga wanita dari Indonesia
  • Pasukan operasi menggempur semasa mereka sibuk bekerja memotong kain dan menjahit
  • Siasatan mendapati mereka masuk melalui laluan udara dan bekerja kurang daripada tiga tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!