Cubaan bapa dua anak jadi tokan dadah gagal

Dadah ditemukan pada motosikal ditunggang suspek.
Dadah ditemukan pada motosikal ditunggang suspek.
A
A
A

MELAKA – Cubaan seorang bapa kepada dua anak untuk menjadi tokan dadah buat kali pertama gagal selepas dicekup polis dalam satu pemeriksaan di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, polis menemukan 23 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 31.26 gram serta tujuh peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.47 gram bersama suspek.

“Suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 4.20 petang oleh sepasukan anggota Task Force Balai Polis Masjid Tanah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ketika menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

“Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1,383.70 dan dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh kira-kira 73 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata, semakan rekod lampau mendapati bekas pemandu lori itu mempunyai empat rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine dan suspek kini direman selama enam hari bermula 5 hingga 10 Januari 2026 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket dadah yang masih bebas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bapa kepada dua anak gagal menjadi tokan dadah buat kali pertama selepas dicekup polis
  • Polis menemukan 23 peket heroin dan tujuh peket syabu bersama suspek
  • Suspek berusia 26 tahun ditahan ketika menunggang motosikal Yamaha LC 135
  • Dadah dirampas bernilai RM1,383.70 dipercayai untuk pasaran tempatan untuk 73 penagih
  • Suspek positif dadah jenis morphine dan kini direman untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!