[INFOGRAFIK] Tiga negeri gaji tinggi

No Image Caption
A
A
A

DATA rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kekal mencatat gaji median sektor formal tertinggi.

Kuala Lumpur merekodkan gaji median sebanyak RM4,064 sebulan, diikuti Selangor (RM3,145) dan Pulau Pinang (RM2,927), jauh melepasi median nasional RM2,864.

Struktur ekonomi negeri-negeri ini yang tertumpu kepada sektor bernilai tambah tinggi menjadi faktor utama perbezaan gaji tersebut.

Namun, pertumbuhan peluang pekerjaan kini tidak lagi terhad kepada Lembah Klang.

Johor dan Kedah semakin menyerlah hasil pelaburan besar, manakala Sarawak dijangka menerima lonjakan ketara dalam sektor tenaga dan ekonomi hijau.

BACA ARTIKEL PENUH: Tiga negeri gaji tinggi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!