'Pakcik reda dan pakcik ikut hasrat arwah'
"Saya reda... saya ikut hasrat arwah untuk dermakan semua organ dan harap ia jadi saham akhirat buatnya."
Demikian luahan seorang bapa Mohd Zain Daud, 64, selepas anaknya Amirrulmukminin , 27, meninggal dunia setelah mengalami mati otak akibat motosikal yang ditungganginya terbabas dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2), Kemaman, Terengganu pada 25 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, kemalangan tersebut menyebabkan anak ketujuh daripada lapan beradik itu menerima rawatan di Hospital Kemaman sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu seterusnya menjalani operasi pendermaan organ pada Sabtu di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZKT).
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
