Arif Aiman atasi Doku, ranking keempat statistik gelecekan

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) diasak pemain Penang FC, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (kiri) dan Muhammad Adib Ra’op (kanan), pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama
Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) diasak pemain Penang FC, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (kiri) dan Muhammad Adib Ra’op (kanan), pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi melakar sejarah apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama, menurut data dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore.

Lebih membanggakan, tonggak Johor Darul Ta’zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia berada dalam senarai tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan, mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya selepas beraksi dalam 52 perlawanan.

 Mengungguli kedudukan ialah bintang Barcelona Lamine Yamal yang merekodkan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan diikuti pemain Brazil Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 penampilan.

Penyerang Honduras José Mario Pinto di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.

Arif Aiman kini menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan dijalankan doktor sukan terkenal Lasse Lempaine. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • PEMAIN sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama
  • Tonggak Johor Darul Ta'zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia dalam senarai tersebut
  • Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan
  • Bintang Barcelona Lamine Yamal mengungguli kedudukan dengan 307 gelecekan berjaya
  • Arif Aiman menjalani rehat panjang selama tiga bulan akibat kecederaan hamstring dan menjalani pembedahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!