Lima wanita mengaku bergaduh di Pasar Melor didenda RM1,000

KOTA BHARU - Lima wanita daripada dua keluarga yang mengaku bergaduh di Pasar Melor minggu lepas masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Majistret Rais Imran Hamid membuat keputusan itu selepas Rozita Ramli, 47, bersama anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantu iaitu Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, dan Siti Sara Suaini, 30, dengan adiknya, Siti Mastura Suaini, 28, mengaku bersalah.
Rais Imran turut memerintahkan agar mereka dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Pasar Melor di sini, yang merupakan tempat awam, pada kira-kira jam 2.30 petang 25 Disember lepas mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Atikah Abd Halim. - Bernama
Ringkasan AI
- Lima wanita dari dua keluarga didenda RM1,000 selepas mengaku bergaduh di Pasar Melor
- Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu
- Mereka juga diancam penjara tiga bulan jika gagal membayar denda
- Kejadian bergaduh berlaku di hadapan Pasar Melor pada 25 Disember
- Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan mereka diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Atikah Abd Halim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
