Dulu 'rider', sekarang mampu beri hantaran Mazda 3 kepada isteri

Eko memberi hantaran sebuah kereta Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran kepada isterinya.
Eko memberi hantaran sebuah kereta Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran kepada isterinya.
A
A
A

JAKARTA – Kisah seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai penunggang ojek dalam talian tular di media sosial apabila menyerahkan sebuah kereta Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran kepada isterinya.

Menerusi video tular di media sosial, dua kenderaan berwarna merah berkenaan dihias dengan dekorasi bunga serta kain renda.

Harga kereta Mazda 3 Hatchback di pasaran Indonesia dianggarkan sekitar 580 juta rupiah (RM140,000), manakala skuter Honda PCX 160 pula berharga kira-kira 34 juta rupiah (RM8,200).

Menurut laporan Wolipop, pengantin lelaki, Eko Setiawan dan isterinya, Elly Kurniati.

Sebahagian hantaran diberikan Eko buat isterinya.
Sebahagian hantaran diberikan Eko buat isterinya.

Eko bekerja sebagai penunggang ojek sebelum menjadi pemilik sebuah kedai runcit dan ejen telur di Jakarta Utara.

Berbekalkan modal hasil bekerja sebagai penunggang ojek serta sokongan ibu bapa yang mempunyai latar belakang sebagai peniaga, Eko memberanikan diri membuka perniagaan barangan runcit.

Tahun pertama perniagaan disifatkan sebagai paling mencabar, namun kehadiran isterinya, Elly yang ketika itu merupakan teman wanita, menjadi sumber kekuatan utama sehingga beliau mengambil keputusan meminta wanita itu berhenti bekerja di hospital bagi membantunya menguruskan kedai.

Artikel Berkaitan:

Eko memaklumkan turut menyediakan pelbagai hasil bumi sebagai hantaran kepada isterinya, selain dua kenderaan berkenaan.

“Ia termasuk beras, pisang, kelapa, bawang, sayur-sayuran, ternakan seperti kambing dan ayam, peralatan dapur, barangan keperluan wanita serta kelengkapan rumah,” katanya pada Ahad.

Beliau turut menyerahkan mas kahwin sebanyak 2 juta rupiah (RM480) dan barangan kemas seberat 11 gram.

Eko memberitahu, segala pemberian itu adalah penghargaan kepada isteri yang setia bersama sejak dirinya masih belum mempunyai harta.

Ringkasan AI

  • Kisah lelaki bekas penunggang ojek tular di media sosial kerana serahkan Mazda 3 Hatchback dan skuter Honda PCX 160 sebagai hantaran
  • Harga Mazda 3 Hatchback sekitar RM140,000 dan Honda PCX 160 sekitar RM8,200 di Indonesia
  • Eko Setiawan berubah daripada penunggang ojek menjadi pemilik kedai runcit dan ejen telur dengan modal dan sokongan ibu bapa
  • Elly Kurniati, isteri Eko, berhenti kerja di hospital untuk membantu menguruskan kedai
  • Selain dua kenderaan, hantaran juga merangkumi barang dapur, ternakan, mas kahwin RM480, dan barangan kemas 11 gram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!