Kestabilan dasar, keberanian reformasi pendorong kejayaan Kerajaan Madani - PM

KUALA LUMPUR - Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat menjadi pendorong kejayaan Kerajaan Madani hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif.
Pada peringkat antarabangsa pula, Perdana Menteri berkata, hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia, telah membuka ruang kepada pelaburan strategik selain memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global.
“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.
“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan Madani akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” kata Perdana Menteri. - Bernama
Ringkasan AI
- Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi dan kepercayaan rakyat pendorong kejayaan Kerajaan Madani
- Ekonomi diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan
- Pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif
- Hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global
- Manfaat nyata untuk rakyat termasuk kesejahteraan keluarga dan peluang ekonomi baharu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

