SPRM buka siasatan baharu libatkan bekas menteri - Azam Baki

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 kini berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama pada Rabu, yang memaklumkan satu kertas siasatan baharu telah dibuka melibatkan individu berkenaan.

“Ya, saya sahkan siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu penting akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, bekas pemimpin berkenaan sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan berkaitan rasuah.

Terdahulu, media melaporkan individu berkenaan berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat sebelum era Covid-19 kini disiasat oleh SPRM
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dilakukan
  • Beberapa individu penting akan dipanggil untuk membantu siasatan
  • Bekas pemimpin itu sebelumnya pernah didakwa atas pertuduhan rasuah
  • Siasatan SPRM berkaitan dengan dakwaan penyelewengan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan kepada pemaju hartanah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!