Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$124.3 bilion

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$124.3 bilion setakat 15 Disember 2025.
BNM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.
"Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$109.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (AS$4.8 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion),” katanya.
Jumlah aset berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM523.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM905.07 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM28.28 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM40.02 bilion).
"Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM204.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM175 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM110.97 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM65.55 bilion), kertas Bank Negara (RM9.34 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion),” katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$124.3 bilion setakat 15 Dis, 2025
- Paras rizab mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan
- Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing, Tabung Kewangan Antarabangsa, hak pengeluaran khas, emas, dan aset rizab lain
- Jumlah aset berjumlah RM610.57 bilion, termasuk emas, pertukaran asing dan rizab lain
- Jumlah modal dan liabiliti juga berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada pelbagai posisi kewangan termasuk modal, rizab, dan deposit
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
