Pegawai, anggota polis cedera kemalangan dengan lori

Lori dipandu dari Johor ke Parit Buntar, Perak itu terbabas dan melanggar kenderaan polis jenis Honda City. Foto: Polis
Lori dipandu dari Johor ke Parit Buntar, Perak itu terbabas dan melanggar kenderaan polis jenis Honda City. Foto: Polis
A
A
A

IPOH - Seorang pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah cedera selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 212.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Taiping, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kejadian berlaku pada 7.50 pagi apabila lori dinaiki lelaki berusia 33 serta 32 tahun dari Johor ke Parit Buntar, Perak terbabas dan melanggar kenderaan polis jenis Honda City.

"Akibat kemalangan itu, pemandu berusia 25 tahun dan penumpang 44 tahun cedera pada bahagian kepala dan badan dengan mereka dibawa ke sebuah hospital swasta di Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Nasir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Gunalan menerusi talian 012- 6273 761. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pegawai dan anggota IPD Kubang Pasu cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Taiping
  • Kemalangan berlaku pada 7.50 pagi melibatkan lori dari Johor ke Parit Buntar yang terbabas
  • Pemandu berumur 25 tahun dan penumpang 44 tahun cedera, dibawa ke hospital swasta di Taiping
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • Polis meminta maklumat daripada awam untuk bantu siasatan, hubungi Inspektor Gunalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!