Dulu takut ditipu, kini anak muda yakin beli kereta terpakai

CARSOME mempunyai pusat pemeriksaan kereta di seluruh negara.
CARSOME mempunyai pusat pemeriksaan kereta di seluruh negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Suatu ketika dahulu, membeli kereta terpakai dianggap seolah-olah mempertaruhkan nasib antara mendapatkan kenderaan ‘idaman hati’ atau menanggung beban ‘besi tua’ yang hanya berkilat dari luaran.

Ramai pembeli pernah terpedaya dengan janji manis kononnya kereta terpakai yang dibeli dalam keadaan terbaik serta ‘baru servis’ tetapi malangnya enjin mula meragam hanya seminggu selepas diserahkan dan apabila diperiksa rupa-rupanya kenderaan itu pernah terlibat kemalangan.

Kekeliruan awam mengenai proses jual beli dan kurangnya maklumat tentang hak pengguna menjadikan urusan membeli kereta terpakai sangat berisiko tinggi.

Pembeli juga turut berdepan dengan kemungkinan menjadi mangsa scam apabila transaksi dilakukan dengan penjual tidak berdaftar dan tidak hairanlah waktu itu ramai masih skeptikal setiap kali mendengar istilah ‘kereta terpakai’.

Namun, landskap itu kini berubah dengan kemunculan platform jual beli automotif digital seperti CARSOME yang membawa pengalaman yang lebih telus, selamat dan mudah kepada pengguna yang semakin celik teknologi.

Seorang mahasiswa universiti yang juga pekerja gig separuh masa, Muhammad Hakim Muhamad Hazam Muddin, 22, dari Taman Melawati misalnya membeli kereta terpakai sebagai kereta pertamanya secara dalam talian bagi memudahkan urusan hariannya.

Kisah seperti ini menunjukkan perubahan cara rakyat Malaysia melihat kereta terpakai kerana keputusan untuk membeli kereta terpakai sekarang bukan lagi seolah-olah memperjudikan nasib atau menjadi pilihan kedua sebaliknya menjadi satu alternatif bijak dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Pandangan berubah

Pakar automotif, Hezeri Samsuri berkata, pandangan terhadap kereta terpakai berubah disebabkan kesedaran dan kepercayaan terhadap platform e-dagang automotif seperti CARSOME yang semakin meningkat.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan, ia kerana platform jual beli kenderaan digital tersebut beroperasi dengan piawaian ketat serta dokumentasi lengkap selain apa yang lebih penting waranti turut ditawarkan kepada pembeli seumpama membeli kereta baharu.

“Piawaian ketat dan dokumentasi lengkap ini menjadikan proses pembelian kereta terpakai lebih telus, selamat dan mudah kerana ia bukanlah hanya janji mulut. Pembeli juga boleh melihat dan memeriksa dulu kereta sebelum turunkan tandatangan untuk buat pembelian. “Platform digital ini juga memberikan pembeli pilihan yang lebih banyak kerana ia bukan sekadar kereta di kawasan sekitar.

Kalau di kedai kereta terpakai biasa, pilihan terhad. Tapi CARSOME contohnya kumpul stok dari satu Malaysia, jadi pembeli boleh cari model idaman ikut bajet mereka,” katanya.

Menurutnya, atas dasar kepercayaan itulah kebanyakan generasi muda termasuk pekerja gig dan peniaga kecil ketika ini dilihat cenderung menggunapakai kaedah pembelian baharu itu kerana tiada dokumen atau rekod transaksi bank untuk membuat pinjaman bagi pembelian kereta baharu.

Sediakan pusat pemeriksaan Sebagai salah satu syarikat automotif digital terbesar di Asia Tenggara, CARSOME menyediakan perkhidmatan jual beli kereta terpakai secara dalam talian dan antara kelebihan utamanya termasuklah penilaian kereta di mana sahaja dengan caj pentadbiran, tawaran harga segera, solusi pembiayaan serta pengurusan penuh dokumentasi tanpa sebarang caj tersembunyi.

CARSOME juga tidak hanya menjadi perantara tetapi turut menyediakan pusat pemeriksaan dan ruang pameran yang turut menjadi tempat penyerahan kenderaan bagi memastikan setiap kereta memenuhi standard kualiti.

Ia mempunyai sistem penilaian di lebih 175 check point pemeriksaan selain pengguna boleh juga boleh membuat perbandingan harga yang ditawarkan.

Hezeri menjelaskan, dengan pemeriksaan teliti yang dibuat, ia dapat memastikan kereta terpakai yang dijual kepada pembeli bebas banjir dan bebas kebakaran selain pengguna juga diberikan jaminan sekiranya kenderaan rosak dalam tempoh-tempoh yang ditetapkan.

“Semua urusan dokumen juga diuruskan oleh pihak CARSOME termasuk cukai jalan percuma sehingga akhir tahun yang sangat sangat memudahkan pembeli.

“Saya sarankan bakal pembeli pergi ke platform yang sah supaya tak kena tipu kerana kes scammer masih berleluasa,” katanya.

Jimat daripada beli kereta baharu

Sementara itu, Muhammad Hakim yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, pembelian kereta terpakai membolehkan dia berjimat berbanding membeli kereta baharu yang harganya lebih mahal.

“Saya beli kereta terpakai jenis Honda Jazz dari CARSOME bulan lalu. Kereta siap dicat semula, bampar ditukar baru, dah siap servis dan dapat waranti tiga tahun.

“Sebagai pelajar yang juga buat kerja-kerja p-hailing, penghantaran makanan, keputusan saya beli kereta ini memang berbaloi dan yang mustahak ia terjamin.

“Malah, ramai kawan-kawan sebaya saya juga memilih beli kereta terpakai kerana mereka ada banyak lagi komitmen lain yang perlu diutamakan berbanding kena bayar ansurans kereta baharu setiap bulan yang agak tinggi,” kongsinya.

Dalam pada itu, pereka grafik sebuah syarikat swasta, Muhammad Husni Hashim, 33, turut memilih membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza terpakai untuk kemudahan dia bersama isteri dan dua anak mereka.

“Beli dengan platform yang dipercayai seperti CARSOME bukan sahaja mudah dan selamat tetapi boleh elakkan diri daripada kena scam dan kalau apa-apa jadi pada kereta pihak mereka akan tanggung kerana adanya waranti,” katanya yang tinggal di Ampang.

Untuk rekod, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Teoh Jiun Ee ialah pengasas bersama kumpulan syarikat berkenaan yang berpangkalan di Malaysia dan kini menerajui pasaran di Asia Tenggara.

Pengalaman luas dalam pemasaran digital, pembangunan perniagaan dan strategi menjadi asas kepada kejayaan kedua-dua anak kelahiran Petaling Jaya ini untuk membangunkan CARSOME.

Di bawah kepimpinan Cheng dan Jiun Ee, CARSOME berkembang daripada sebuah syarikat pemula tempatan kepada peneraju serantau yang menawarkan pengalaman jual beli kereta terpakai secara telus, mudah dan selamat, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama teknologi automotif di rantau ini.

REAKSI

AFIZAH
AFIZAH

“Sekarang dunia di hujung jari, jadi beli kereta pun sangat senang dengan menggunakan platform seperti CARSOME. Kita juga boleh semak harga kereta yang kita mahu dengan sangat pantas tanpa perlu turun ke kedai-kedai kereta terpakai.”-Penjawat awam, Afizah Salim, 36.

NURATIQAH
NURATIQAH

“Menerusi pembelian dengan CARSOME, kita boleh semak sejarah kereta yang kita berkenan misalnya ada rekod kemalangan serta rekod servis minyak hitam dan minyak gear. Kalau di kedai kereta terpakai biasa, kita tidak boleh buat semakan ini. Jadi nak beli kereta pun tak rasa was-was.”- Pekerja p-hailing, Rahman Hashim, 43.

RAHMAN
RAHMAN

“Saya beli kereta Proton Preve terpakai dua tahun lepas sebab tidak mahu sakit kepala dengan tambah komitmen hutang dan bayar ansuran kereta baharu. Beli kereta terpakai ini tak rugi pun kalau pemilik lama jaga elok dan kenderaan masih lagi dalam keadaan baik.”– Suri rumah, Nuratiqah Halim, 32.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!