Kaki tersangkut celah tong gas, budak tiga tahun dibawa ke balai bomba

Anggota BBP Pasir Gudang.membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut celah tong gas. Foto tular
Anggota BBP Pasir Gudang.membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut celah tong gas. Foto tular
A
A
A

PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mencuri tumpuan orang ramai selepas kakinya tersangkut di celah tong gas sehingga terpaksa dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang pada Ahad lalu.

“Mangsa dibawa oleh keluarganya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan proses mengeluarkan kanak-kanak tersebut dilakukan dalam tempoh yang singkat.

“Kanak-kanak tersebut tidak berjaya dikeluarkan oleh ahli keluarga kerana mengeraskan kaki dan enggan keluar dari tong gas berkenaan.

“Apabila sampai di BBP Pasir Gudang, anggota bomba berjaya mengeluarkannya selepas memujuk untuk melembutkan badan dan kaki,” menurut JBPM Johor.

Video kaki kanak-kanak itu tersangkut di celah tong gas tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Rata-rata warganet memuji tindakan pantas dan tenang anggota bomba dalam menangani situasi bersama kanak-kanak kecil itu.

“Simpan video ni, besar nanti boleh tunjuk pada kekasih,” tulis seorang pengguna media sosial secara berseloroh.

“Terima kasih abang dan kakak bomba Pasir Gudang yang cekap dan efisien mengeluarkan adik Hariz. Aduhai, anak bertuah ummi dan ayah. Panjang akalmu nak, dibuatnya ‘baby seat’ tong gas tu,” tulis seorang lagi di ruangan komen.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki tersangkut kakinya di celah tong gas di Pasir Gudang
  • Insiden berlaku jam 3 petang pada hari Ahad
  • Anggota bomba Pasir Gudang membantu mengeluarkan kanak-kanak tersebut
  • Kanak-kanak itu tidak dapat dikeluarkan oleh keluarga kerana mengeraskan kaki
  • Video insiden itu tular di media sosial dan mendapat pujian dari netizen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!