Lebih ramai tentera Israel alami masalah mental

Tentera Israel yang sakit menerima kunjungan Angkatan Tentera Israel di hospital. Foto Agensi
Tentera Israel yang sakit menerima kunjungan Angkatan Tentera Israel di hospital. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Kementerian Pertahanan Israel mendedahkan lebih separuh daripada 22,000 anggota tenteranya yang dirawat sejak pertembungan serangan pada 7 Oktober 2023 dengan Palestin, mengalami masalah kesihatan mental, termasuk gangguan stres pascatrauma (PTSD).

Menurut Jabatan Pemulihan kementerian itu, dapatan terbaharu daripada pihaknya mendapati sebanyak 58 peratus daripada anggota yang menerima rawatan menunjukkan simptom PTSD atau gangguan mental lain, manakala 63 peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada anggota simpanan.

Pegawai kementerian menekankan bahawa tekanan perang dan tempoh konflik yang berpanjangan memberi kesan serius kepada kesejahteraan mental anggota tentera.

Setakat ini, jabatan berkenaan mengendalikan 82,400 veteran daripada konflik terdahulu. Menjelang akhir 2026, dijangka bertambah 10,000 veteran cedera, kebanyakannya memerlukan rawatan berkaitan trauma dan sokongan psikologi berterusan.

Belanjawan tahunan Jabatan Pemulihan berjumlah 8.3 bilion shekel Israel (NIS), bersamaan kira-kira RM10.5 bilion. Daripada jumlah itu, 4.1 bilion shekel (sekitar RM5.2 bilion) diperuntukkan khusus untuk rawatan kesihatan mental, termasuk terapi psikologi, program pemulihan PTSD, dan sokongan untuk anggota simpanan serta veteran.

Pegawai kementerian menegaskan bahawa usaha berterusan ini adalah kritikal untuk memastikan tentera yang cedera dapat kembali berfungsi dalam kehidupan harian dan menyokong keselamatan negara. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertahanan Israel mendedahkan lebih dari separuh daripada anggota tenteranya mengalami masalah kesihatan mental pasca pertembungan dengan Palestin
  • Sebanyak 58 peratus daripada anggota yang dirawat menunjukkan simptom PTSD atau gangguan mental lain
  • Anggota simpanan terdiri daripada 63 peratus daripada jumlah yang menunjukkan simptom-simptom tersebut
  • Jabatan Pemulihan kementerian itu mengurus 82,400 veteran dan dijangka bertambah 10,000 veteran cedera menjelang akhir 2026
  • Belanjawan tahunan Jabatan Pemulihan adalah 8.3 bilion shekel, dengan 4.1 bilion shekel diperuntukkan untuk rawatan kesihatan mental

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!