Wanita maut kereta terbabas ke dalam sungai

Anggota bomba membawa keluar mangsa dari MPV. - Foto BBP Muar
Anggota bomba membawa keluar mangsa dari MPV. - Foto BBP Muar
A
A
A

TANGKAK - Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terjatuh ke sungai berhampiran pusat rekreasi Tanjung Agas di sini.

Menurut Pegawai Bomba Kanan Satu, Jahairi Shukor, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.48 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan dengan 10 anggota digerakkan dari BBP Tangkak dan Muar ke lokasi sejauh dua kilometer (km).

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa dari MPV. - Foto BBP Muar
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa dari MPV. - Foto BBP Muar

"Setibanya ke lokasi pada jam 3.51 petang, terdapat kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina  yang terbabas ke dalam sungai.

"Terdapat seorang perempuan dewasa dipercayai dalam lingkungan 20-an terperangkap dalam kenderaan terbabit.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa dari dalam kereta. - Foto BBP Muar
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa dari dalam kereta. - Foto BBP Muar

Artikel Berkaitan:

"Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Jahairi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 petang.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut selepas kenderaan MPV yang dipandunya terbabas masuk sungai di Tanjung Agas, Tangkak
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.48 petang
  • Dihantar satu jentera Fire Rescue Tender dan unit penyelamatan dengan 10 anggota ke lokasi
  • Kenderaan terlibat adalah jenis Nissan Grand Livina
  • Mangsa seorang wanita dalam lingkungan 20-an dikeluarkan oleh bomba tetapi disahkan meninggal di tempat kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!