Dua video mirip Ketua Pengarah AKPS disahkan palsu

AKPS memandang serius penyebaran video palsu tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
AKPS memandang serius penyebaran video palsu tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
A
A
A

PUTRAJAYA – Dua video tular di media sosial yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) disahkan palsu selepas dikesan menggunakan teknologi deepfake.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan video dimuat naik melalui akaun TikTok @datok.abdul.kazim itu meniru identiti Ketua Pengarah agensi berkenaan.

"Video itu kononnya menunjukkan sokongan terhadap pemberian bantuan tertentu, sedangkan kandungan tersebut tidak pernah dihasilkan atau disahkan oleh pihaknya.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake yang boleh dimanipulasi bagi tujuan penipuan," katanya pada Ahad.

Agensi berkenaan turut menasihatkan orang ramai merujuk saluran rasmi kerajaan sekiranya memerlukan maklumat tepat mengenai sebarang bentuk bantuan.

"Bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan yang disediakan kerajaan, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran media rasmi dan laman sesawang kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan," katanya.

Tambah kenyataan itu, AKPS memandang serius penyebaran video palsu tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

"AKPS sedang meneliti perkara ini dengan serius dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghasilkan atau menyebarkan kandungan palsu tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua video tular yang menyerupai Ketua Pengarah AKPS disahkan menggunakan teknologi deepfake
  • Video tersebut dimuat naik di TikTok dengan niat meniru identiti Ketua Pengarah AKPS
  • Video itu kononnya menunjukkan sokongan terhadap pemberian bantuan tertentu
  • AKPS menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada saluran rasmi untuk informasi sahih bantuan
  • AKPS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penghasil atau penyebar kandungan palsu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!