Trump berkenan kereta kompak seperti di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempunyai pandangan berbeza terhadap kereta ultra kompak apabila beliau mahu melihat kenderaan tersebut memenuhi jalan di seluruh negara.
Trump yang berkenan dengan saiz kereta tersebut ketika siri lawatannya ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan menggesa agar peraturan yang menghalang pengeluarannya dikaji semula.
"Ia sangat comel. Jika anda pergi ketiga-tiga negara itu, mereka ada kereta yang kecil seperti Beetle keluaran Volkswagen.
"Kereta sedemikian lebih murah dan beri peluang kepada orang ramai untuk memilikinya," katanya di Rumah Putih pada Rabu lalu.
Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy berkata, Presiden telah mengarahkan beliau untuk meluluskan serta-merta peraturan yang membenarkan kereta kompak dikeluarkan di Washington. - Agensi
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mahu kereta ultra kompak memenuhi jalan di seluruh negara Trump terkesan dengan saiz kereta tersebut semasa lawatannya ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan Trump menggesa agar peraturan yang menghalang pengeluaran kereta tersebut dikaji semula Menurutnya, kereta tersebut murah dan membolehkan lebih ramai orang memiliki kenderaan Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy, telah diarahkan oleh Trump untuk meluluskan peraturan yang membenarkan kereta kompak dikeluarkan di Washington
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

