Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Klinik Pickleball Serve and Smash curi tumpuan belia Sungai Lui

01 Disember 2025 | VIDEO
A
A
A

Klinik Pickleball Serve and Smash anjuran Kementerian Belia dan  Sukan (KBS) menerusi program Kampung  Angkat MADANI (KAM) 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua mencuri tumpuan apabila menerima penyertaan luar biasa. 

Penyelaras program, Sazali Abdul Samad berkata, pada awalnya penganjur hanya menyasarkan 50 peserta, namun sambutan amat menggalakkan apabila semua peralatan permainan habis digunakan.