Myvi terbabas, terjunam rempuh rumah penduduk

Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter merempuh pagar rumah penduduk.
Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter merempuh pagar rumah penduduk.
A
A
A

SEREMBAN - Kebimbangan seorang penduduk di Taman Nusari Bayu 1 di sini tentang kemungkinan suatu hari nanti ada kenderaan dari jalan utama yang terjunam ke rumahnya berasas apabila kejadian itu berlaku pada Selasa.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter merempuh pagar rumah Amirul Zaki Abd Rahim, 35.

Bagaimanapun pemandu wanita berusia 33 tahun itu selamat dan tidak cedera.

Amirul Zaki yang merupakan seorang guru berkata, jirannya membuat panggilan video memaklumkan kejadian berlaku dan memintanya segera pulang ke rumah.

"Bila sampai, saya tengok ada kereta Myvi terbalik di bahagian tepi garaj rumah yang merupakan tempat anak-anak saya bermain.

"Tapi pemandunya sudah tiada dan jiran saya beritahu suami mangsa telah hantarnya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Myvi dari jalan utama yang terjunam ke rumah penduduk.
Myvi dari jalan utama yang terjunam ke rumah penduduk.

Dia bersyukur kerana kenderaan terlibat hanya terbalik di bahagian tepi, tidak melibatkan struktur rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, itu bukan kali pertama kemalangan berlaku di kawasan berkenaan dan pernah melibatkan kematian sebelum ini apabila sebuah kereta dari bahagian atas jalan terbabas.

"Sebab itulah di bahagian atas tepi jalan itu pihak berkuasa telah letakkkan penghadang konkrit sebab nak elak kemalangan seumpama itu terjadi," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abu Hanifah Lim Abdullah, 57, yang ditemui membantu membersihkan rumah berkenaan berkata, ketika kejadian anak perempuannya yang tinggal tidak jauh dari lokasi dalam perjalanan ke tempat kerja di Port Dickson.

"Anak saya hubungi beritahu dia kemalangan, keretanya terbabas terjunam masuk ke dalam rumah orang.

"Mujurlah dia tidak apa-apa hanya terseliuh saja," katanya.

Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter merempuh pagar rumah penduduk.
Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter merempuh pagar rumah penduduk.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!