Lelaki Nepal mabuk dicekup dipercayai liwat kucing

Seorang lelaki warga Nepal ditahan dipercayai meliwat dan mencampak kucing dari tingkat empat pangsapuri. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Nepal ditahan dipercayai meliwat dan mencampak kucing dari tingkat empat pangsapuri. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Nepal bertindak luar kawalan apabila dipercayai tergamak meliwat seekor kucing sebelum mencampak haiwan itu dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, satu laporan polis diterima pihaknya daripada penghuni pangsapuri terbabit pada jam 12.30 tengah malam, Sabtu.

Menurutnya, pengadu memaklumkan dia bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka telah melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan berbogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

"Suami pengadu kemudian naik ke aras empat pangsapuri untuk menegur perbuatan suspek, tetapi suspek telah mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri.

"Kejadian tersebut turut dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbitnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pada jam 4.45 pagi hari yang sama, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menahan seorang lelaki warga Nepal berumur 33 tahun.

Tambahnya, suspek yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut kini direman lima hari sehingga 19 November bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal setakat ini suspek tiada sebarang masalah mental dan hanya di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Nepal dipercayai meliwat dan mencampak kucing dari tingkat empat pangsapuri
  • Laporan polis diterima pada jam 12.30 tengah malam
  • Kejadian dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbit
  • Suspek berumur 33 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu kini direman
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!