Persaingan tujuh penjuru di DUN Sukau

KINABATANGAN - Seramai tujuh calon bakal berentap bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kali ini.
Pegawai Pengurus Pilihanraya Kinabatangan, Yuesri Ismail Yusof ketika mengumumkan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan Sri Lamag, Kinabatangan, pada Sabtu berkata, Pengiran Petra Pengiran Asri yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan cabaran daripada calon Parti Warisan (Warisan), Azahari Rangon.
Turut memberi saingan di kerusi berkenaan ialah penyandang kerusi itu sebelum ini, Datuk Jafry Ariffin daripada Barisan Nasional (BN); Datuk Juhari Janan, Gabungan Rakyat Sabah serta calon daripada Parti Impian Sabah (PIS), Roslan Madali.
Selain itu, kerusi DUN Sukau turut ditandingi Afiq Anwari Zulkifli daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS) manakala Perjuangan Rakyat (PR) mencalonkan Nordin Damit.
Yuesri berkata, tiada kertas calon yang ditolak bagi kerusi berkenaan.
Ringkasan AI
- Tujuh calon berentap di kerusi DUN Sukau dalam PRN Sabah ke-17
- Pengiran Petra Pengiran Asri mewakili Perikatan Nasional berdepan cabaran daripada Azahari Rangon dari Parti Warisan
- Penyandang kerusi, Datuk Jafry Ariffin dari Barisan Nasional, juga bertanding
- Calon lain termasuk dari Gabungan Rakyat Sabah, Parti Impian Sabah, Parti Kebangsaan Sabah dan Perjuangan Rakyat
- Tiada kertas calon yang ditolak bagi kerusi tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
