JPJ keluarkan 193 notis saman, sita dua motosikal
13 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sebanyak 193 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua motosikal disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Limbongan, Melaka pada malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, dua motosikal disita selain sebanyak 745 buah kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ #AADK #PDRM #Melaka
