Jimmy–Pei Jing mara ke final Masters Korea 2025

Jimmy (kanan) dan Pei Jing menang pertarungan tiga set untuk mara ke final Masters Korea 2025. FOTO: Instagram Lai Pei Jing
Jimmy (kanan) dan Pei Jing menang pertarungan tiga set untuk mara ke final Masters Korea 2025. FOTO: Instagram Lai Pei Jing
A
A
A

PASANGAN beregu campuran negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing mara ke pentas final Masters Korea 2025 selepas menewaskan gandingan tuan rumah, An Yun-seong–Lee Yu-lim dalam pertarungan tiga set pada aksi separuh akhir di Pusat Kebudayaan dan Sukan Universiti Wonkwang pada Sabtu.

Jimmy–Pei Jing yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menang 21-14, 19-21, 21-15 dalam tempoh 59 minit, sekali gus mengekalkan momentum cemerlang mereka sepanjang musim ini.

Kejayaan ini membawa mereka selangkah lebih hampir untuk memburu gelaran sulung sejak bergandingan pada April lalu, selain membuka ruang kepada penampilan ketujuh mereka di pentas final sepanjang tahun 2025.

Sebelum ini pada suku akhir, mereka mengetepikan cabaran gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit–Benyapa Aimsaard 21-10, 21-12 bagi melayakkan diri ke kelompok empat terbaik.

Di perlawanan akhir, Jimmy-Pei Jing akan bertemu wakil tuan rumah yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, Kim Won-ho dan Jeoung Ne-eun.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jimmy Wong–Lai Pei Jing mara ke pentas final Masters Korea 2025 menewaskan gandingan tuan rumah An Yun-seong–Lee Yu-lim
  • Jimmy Wong–Pei Jing menang 21-14, 19-21, 21-15 dalam tempoh 59 minit
  • Ini menandakan usaha mereka untuk memburu gelaran sulung sejak bergandingan pada April lalu
  • Sebelum final, mereka menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit–Benyapa Aimsaard, 21-10, 21-12
  • Di perlawanan akhir, akan bertemu wakil tuan rumah dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, Kim Won-ho dan Jeoung Ne-eun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!