Penggiliran pemain Maresca semakin pelik

Maresca mempertahankan pendekatannya menyatakan rombakan dibuat mengikut perancangan serta memikirkan tekanan jadual.
Maresca mempertahankan pendekatannya menyatakan rombakan dibuat mengikut perancangan serta memikirkan tekanan jadual.
A
A
A

WAYNE Rooney berpandangan pemain Chelsea perlu mencabar polisi penggiliran pemain Enzo Maresca yang terlalu kerap, susulan keputusan seri 2-2 menentang Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) baru-baru ini.

Menurut Rooney, tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu hanya menyambung corak rombakan berterusan sejak beberapa perlawanan, sekali gus mengganggu pembentukan keserasian pasukan.

“Pemain mahu bermain dan membina hubungan. Jika sentiasa berubah, mereka tidak akan gembira,” katanya dalam program The Wayne Rooney Show.

Dalam lima perlawanan terakhir, Chelsea merekodkan tiga kemenangan, satu kekalahan dan satu seri, angka yang dilihat belum selari dengan kualiti skuad.

Maresca bagaimanapun mempertahankan pendekatannya, menyatakan rombakan dibuat mengikut perancangan serta memikirkan tekanan jadual termasuk menuju kempen Piala Dunia Kelab FIFA.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wayne Rooney berpandangan pemain Chelsea perlu mencabar polisi penggiliran pemain Enzo Maresca
  • Pemain Chelsea tidak gembira dengan perubahan berterusan dalam kesebelasan utama
  • Chelsea mencatatkan tiga kemenangan, satu kekalahan dan satu seri dalam lima perlawanan terakhir
  • Keputusan seri 2-2 menentang Qarabag mencerminkan pengaruh negatif polisi penggiliran
  • Maresca mempertahankan pendekatan penggiliran, menyatakan ia dibuat mengikut perancangan termasuk persiapan untuk Piala Dunia Kelab FIFA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!