Cubaan sabotaj Program Selawat dan Munajat Perdana Polis KL dikesan

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengesan cubaan sabotaj terhadap Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung petang esok di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini.
Menerusi kenyataan di laman sosial rasminya, Polis Kuala Lumpur memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan e-mel palsu kepada jemputan kononnya program itu dibatalkan.
"Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur 1447H/2025M tidak dibatalkan, program berkenaan akan berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan program berkenaan yang juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasminya.
Ringkasan AI
- Polis Kuala Lumpur mengesan cubaan sabotaj terhadap Program Selawat dan Munajat Perdana
- Individu tidak bertanggungjawab edarkan e-mel palsu mengatakan program dibatalkan
- Program Selawat dan Munajat Perdana akan berlangsung seperti jadual
- Polis Kuala Lumpur menjemput orang ramai hadir memeriahkan program
- Program juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasminya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
