Lori terbalik, minyak hitam tumpah atas jalan

Anggota polis mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. Foto ihsan PDRM
Anggota polis mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. Foto ihsan PDRM
A
A
A

RAUB - Sebuah lori terbabas dan terbalik menyebabkan tumpahan minyak hitam di Kilometer (KM) 35 Jalan Lingkaran Tengah Utama (haluan Bentong ke Raub) di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Gua Musang dan dipercayai mengalami masalah pada bahagian tayar serta sistem brek.

"Masalah tersebut menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum kenderaan tersebut terbabas dan terbalik sebelum berlaku tumpahan minyak.

Lori terbalik menyebabkan pertumpahan minyak di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
Lori terbalik menyebabkan pertumpahan minyak di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM

"Pemandu lelaki berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub segera ke lokasi bagi mengawal keadaan lalu lintas sementara Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub dihubungi untuk kerja pembersihan tumpahan minyak.

Jelasnya, keadaan trafik terkawal dengan pembukaan satu lorong melalui laluan kecemasan dan bahu jalan sementara kerja pembersihan dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Ringkasan AI

  • Lori terbalik dan mengakibatkan tumpahan minyak hitam di Kilometer 35 Jalan Lingkaran Tengah Utama haluan Bentong ke Raub
  • Pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 8.30 pagi
  • Lori dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang mengalami masalah tayar dan sistem brek
  • Pemandu lori berusia 50 tahun selamat tanpa kecederaan
  • Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub melakukan kerja pembersihan dan traffic terkawal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!