Shopee perkasa komuniti pencipta kandungan tempatan

SHOPEE Malaysia terus memperkukuh ekosistem pencipta kandungan tempatan menerusi penganjuran Shopee House dan Shopee Superstar Awards 2025, yang menghimpunkan lebih 600 affiliate serta 85 jenama utama dalam satu acara hujung minggu penuh inspirasi.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, acara yang berlangsung pada 1 dan 2 November lalu itu bertujuan memupuk kerjasama erat antara jenama dan pencipta kandungan dalam memperkasa ekonomi digital negara menjelang kempen Shopee 11.11 Jualan Hebat.
Menurutnya, sepanjang dua hari penganjuran, lebih 1,300 kerjasama baharu berjaya dijalinkan melalui sesi rangkaian Shopee House, yang menampilkan pelancaran produk baharu, perkongsian strategi kandungan, dan sesi interaktif bersama komuniti affiliate.
"Kemuncak acara diteruskan dengan Shopee Superstar Awards 2025, yang meraikan pencapaian luar biasa para pencipta kandungan dan affiliate tempatan atas kreativiti serta dedikasi mereka sepanjang tahun ini.
"Sebanyak 136 anugerah disampaikan merentasi 31 kategori, termasuk anugerah utama ‘Kelab 5 Juta Ringgit Shopee’ dan ‘Kelab 3 Juta Ringgit Shopee’ yang mengiktiraf pencapaian jualan cemerlang," katanya.

Antara penerima anugerah Kelab 5 Juta Ringgit ialah Pipou96, Princezleste, Ismehadirah, Bloolove_Official, Sabrina Beauty Hub, Faisaldotmy, dan Pak Honest.
Ming Kit berkata, penganjuran ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkasa pencipta dan jenama tempatan agar terus berkembang melalui inovasi dan kerjasama.
"Komuniti pencipta Malaysia ialah nadi ekonomi digital negara. Shopee House dan Shopee Superstar Awards bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kemajuan ekosistem kami,” katanya.
Sementara itu, Duta Shopee 11.11 Jualan Hebat, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut berkongsi kisah perjalanan keusahawanannya dan memberi dorongan kepada pencipta kandungan lain.
"Shopee membuktikan bahawa sesiapa sahaja, dengan kerja keras dan kreativiti, mampu mencapai kejayaan luar biasa,” katanya.
Beberapa personaliti popular termasuk Arieff Yong, Asyraf Rozami, Mak Kiah Ferry, Ryan Howlett, Shak Shazwan, dan Sharifah Rose turut diraikan atas sumbangan mereka menghubungkan jutaan rakyat Malaysia dengan jenama melalui kandungan kreatif dan tawaran menarik.

Shopee turut mengiktiraf rakan media seperti Sinar Harian, The Star, China Press, Sin Chew Daily, dan New Straits Times atas peranan mereka menyokong pembangunan komuniti digital tempatan.
Acara turut diserikan dengan kerjasama bersama Proton Malaysia, yang memperkenalkan model All-New Saga buat kali pertama kepada umum sempena kempen 11.11.
Shopee kini bersiap sedia untuk Shopee 11.11 Jualan Hebat, yang menawarkan siaran langsung harian bersama Bella Astilah dan Dato’ Sri Aliff Syukri, diskaun 50 peratus serta baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum melalui kempen Shopee X Proton Giveaway di shopee.com.my/m/11-11#SM1
Ringkasan AI
- SHOPEE Malaysia memperkukuh ekosistem pencipta kandungan tempatan dengan menganjurkan Shopee House dan Shopee Superstar Awards 2025
- Acara tersebut menghimpunkan lebih 600 affiliate dan 85 jenama utama untuk memupuk kerjasama dan memperkasa ekonomi digital
- Lebih 1,300 kerjasama baharu berjaya dijalinkan sepanjang dua hari penganjuran melalui sesi rangkaian
- Shopee Superstar Awards 2025 meraikan pencipta kandungan dan affiliate tempatan dengan menyampaikan 136 anugerah merentasi 31 kategori
- Penganjuran ini mencerminkan komitmen Shopee untuk memperkasa pencipta dan jenama tempatan agar terus berkembang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
