Art Harun ketuai Lembaga Rayuan Bersatu

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

PETALING JAYA - Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun atau popular dengan nama Art Harun kini mengetuai lima anggota Lembaga Rayuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Selasa.

"Anggota Lembaga Rayuan adalah Datuk Seri Zulkifli Noordin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Datuk Fahimee Ismail," katanya di sini.

Menurut Azmin, MPT juga memandang serius masalah dalaman parti dan bertekad untuk mencari jalan penyelesaian secara kolektif.

"MPT bertekad untuk mencari penyelesaian dengan semangat saling hormat-menghormati, persefahaman yang baik dan tegas mempertahankan Perlembagaan Parti.  

"MPT juga beriltizam untuk terus menjana usaha pengukuhan dan pengembangan perjuangan parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah dan cemerlang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tan Sri Azhar Azizan Harun, dikenali sebagai Art Harun, kini mengetuai Lembaga Rayuan Bersatu
  • Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan tersebut selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
  • Lembaga Rayuan juga termasuk Datuk Seri Zulkifli Noordin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dan Datuk Fahimee Ismail
  • MPT Bersatu bertekad mencari penyelesaian kepada masalah dalaman parti secara kolektif
  • MPT juga ingin memperkuat dan memperluas usaha parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!