Reputasi Israel di mata dunia kian buruk

Tahanan Palestin diseksa oleh tentera Israel. Foto Agensi
Tahanan Palestin diseksa oleh tentera Israel. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Israel kini berdepan krisis reputasi terburuk dalam sejarah moden negara itu, selepas kebocoran video yang menunjukkan beberapa askar Israel menyeksa seorang tahanan Palestin di pusat tahanan Sde Teiman tersebar di media antarabangsa.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengakui bahawa kebocoran video itu memberi impak buruk Israel di mata masyarakat dunia.

“Kebocoran pada Ogos 2024 itu menyebabkan kerosakan besar terhadap nama baik Israel, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan tenteranya.

“Ia mungkin serangan imej paling teruk yang pernah kita alami, saya tidak ingat ada yang lebih dahsyat seperti ini," katanya pada mesyuarat Kabinet pada Ahad.

Netanyahu menegaskan bahawa siasatan bebas dan telus perlu dijalankan bagi memulihkan keyakinan awam terhadap IDF serta kerajaan.

Insiden itu turut menggoncang institusi ketenteraan Israel apabila Ketua Peguam Tentera, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, mengaku meluluskan kebocoran video berkenaan sebelum mengumumkan peletakan jawatan pada Jumaat lalu.

Video tersebut menunjukkan seorang tahanan Palestin diserang oleh anggota tentera selepas dibawa ke kem tahanan pada Julai 2024. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah termasuk tulang rusuk patah dan koyakan pada bahagian rektum akibat kekerasan fizikal yang melampau.

Susulan siasatan awal, sepuluh anggota simpanan IDF ditahan manakala lima daripadanya telah didakwa pada Februari lalu atas tuduhan mendera tahanan Palestin itu. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Israel berdepan krisis reputasi terburuk dalam sejarah moden negara itu selepas video kekejaman askar terhadap tahanan Palestin tersebar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengakui kebocoran video itu membawa impak buruk terhadap Israel Netanyahu menekankan perlunya siasatan bebas dan telus untuk memulihkan keyakinan awam Ketua Peguam Tentera, Yifat Tomer-Yerushalmi, mengaku meluluskan kebocoran video dan mengumumkan peletakan jawatan Sepuluh anggota simpanan IDF ditahan dan lima didakwa atas tuduhan mendera tahanan Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!