Lelaki Indonesia maut, pelajar cedera dalam kemalangan

Keadaan motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto IPD Batu Pahat
Keadaan motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto IPD Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala seorang pelajar sekolah menengah cedera dalam kemalangan dua motosikal di Batu 2, Jalan Kangkar Baru-Paloh, Yong Peng di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 7.40 pagi di lokasi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal ditunggang pelajar berusia 17 tahun dalam perjalanan dari arah Kangkar Baru sedang menghala ke arah SMK Yong Peng.

"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang seorang lelaki warga Indonesia berumur 48 tahun tiba-tiba keluar simpang dan berlakunya perlanggaran.

"Perlanggaran itu menyebabkan lelaki warga Indonesia terbabit cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara remaja lelaki mengalami kecederaan di bahagian leher dan muka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Sebelum itu, tular foto kemalangan tersebut di laman sosial yang memaparkan remaja lelaki lengkap berpakaian sekolah terlibat dalam kemalangan dua motosikal.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam kemalangan dua motosikal di Batu Pahat
  • Seorang pelajar sekolah menengah cedera dalam kemalangan yang sama
  • Kemalangan berlaku jam 7.40 pagi di Jalan Kangkar Baru-Paloh, Yong Peng
  • Perlanggaran terjadi apabila motosikal warga Indonesia tiba-tiba keluar simpang
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!