Waris bayi ditinggal dalam kotak di pondok bas dicari

JKM menyeru ibu kandung atau mana-mana waris agar segera tampil membantu proses kebajikan bayi berkenaan.
JKM menyeru ibu kandung atau mana-mana waris agar segera tampil membantu proses kebajikan bayi berkenaan.
A
A
A

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan waris kepada seorang bayi lelaki sindrom Down yang ditemui ditinggalkan di pondok bas di Alai di sini pada September lalu.

Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM ) Melaka Tengah memaklumkan bayi berkenaan kini berada di tempat selamat di bawah jagaan institusi JKM selepas diserahkan oleh orang awam yang menemuinya di lokasi berkenaan.

Menurutnya, bayi berusia kira-kira lebih sebulan itu kini ditempatkan di bawah jagaan JKM mengikut Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi tujuan perlindungan dan penjagaan sementara.

"JKM menyeru ibu kandung atau mana-mana waris agar segera tampil membantu proses kebajikan bayi berkenaan

"Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada 27 September lalu melaporkan seorang jemaah surau terkejut apabila menemui seorang bayi dipercayai baru lahir, dibalut dengan kain napkin dan diletakkan di dalam sebuah kotak di pondok menunggu bas berhampiran Surau Batu 5, Alai.

Kejadian disedari kira-kira jam 9.20 malam sebelum jemaah surau berkenaan menghubungi pihak polis.

Sumber berkata, Balai Polis Kandang yang menerima maklumat kejadian kemudian menggerakkan anggota ke lokasi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JKM Melaka sedang mencari waris bayi sindrom Down yang ditinggalkan di pondok bas di Alai
  • Bayi tersebut kini dalam jagaan JKM selepas diserahkan oleh orang awam
  • Bayi itu berusia lebih sebulan dan ditempatkan di bawah jagaan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
  • JKM menyeru ibu kandung atau waris bayi untuk segera tampil membantu proses kebajikan
  • Seorang jemaah surau menemui bayi itu dibalut dengan kain napkin dalam sebuah kotak di pondok bas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!