Katy Perry, bekas PM Kanada, Justin Trudeau umum hubungan cinta secara terbuka

Katy Perry dan Justin Trudea umum hubungan cinta secara terbuka. - Foto: Agensi
Katy Perry dan Justin Trudea umum hubungan cinta secara terbuka. - Foto: Agensi
A
A
A

PARIS – Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry, dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, akhirnya tampil secara terbuka mengesahkan hubungan cinta mereka selepas beberapa kali dilihat bersama dalam pelbagai acara, termasuk insiden tular ketika menaiki kapal layar baru-baru ini.

Pasangan itu membuat penampilan rasmi pada 25 Oktober lalu di kelab malam terkenal Paris, Crazy Horse, sempena sambutan ulang tahun kelahiran Perry yang ke-41.

Dalam video yang dirakam oleh portal hiburan TMZ, Perry dan Trudeau kelihatan mesra sambil berpegangan tangan serta tersenyum kepada kamera ketika tiba di lokasi berkenaan.

Kemunculan mereka di Paris itu berlaku beberapa minggu selepas pasangan berprofil tinggi itu dirakam berpelukan di atas kapal layar di perairan Santa Barbara, Amerika Syarikat.

Khabar mengenai hubungan Perry dan Trudeau mula tersebar pada Julai 2024 selepas kedua-duanya dilihat menjamu selera dan berjalan bersama seekor anjing di Kanada.

Penyanyi lagu California Gurls itu sebelum ini menjalin hubungan jangka panjang dengan pelakon British, Orlando Bloom, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun bernama Daisy. Namun, pasangan itu mengesahkan perpisahan mereka pada Julai lalu, walaupun sebelum itu dikatakan sedang merancang untuk berkahwin.

Sementara itu, Trudeau sebelum ini berkahwin dengan bekas pengacara televisyen, Sophie Grégoire. Pasangan tersebut bercerai secara rasmi pada tahun 2023. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengesahkan hubungan cinta mereka
  • Pasangan itu membuat penampilan rasmi sempena sambutan ulang tahun kelahiran Perry di kelab malam Paris
  • Video dari TMZ menunjukkan Perry dan Trudeau mesra dan berpegangan tangan di acara tersebut
  • Hubungan cinta mereka mula tersiar selepas dilihat bersama di Kanada dan kemudian berpelukan di kapal layar
  • Perry pernah menjalin hubungan dengan Orlando Bloom dan Trudeau pernah berkahwin dengan Sophie Grégoire sebelum ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!