Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Uqasha tukar peguam, prosiding cerai ditangguhkan

28 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Prosiding perceraian pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili pelakon wanita itu sebelum ini, Nurfarhana Abd Manaf, menarik diri daripada kes berkenaan.

Peguam syarie yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohd Salleh, berkata prosiding hari ini hanya membabitkan sebutan di sebelah pihak defendan sahaja.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KamalAdli #UqashaSenrose